Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja malah orang yang sudah kahwin pun boleh mengalami masalah ini juga. Di sini saya ingin kongsikan petua untuk hilangkan parut jerawat.
1. GUNA KAYU KULIT MANIS DAN BEDAK SEJUK
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air. Bila sudah siap, lumurkan pada tempat yang ada parut. Lakukan sekerap yang mungkin, lama-kelamaan parut itu akan pudar dan hilang. Petua ini juga sesuai dilakukan untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.2. GUNA LIDAH BUAYA ( ALOE VERA)
Petua ini menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar.Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. Lama-kelamaan parut akan hilang.3. GUNA ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa itu pada tempat yang ada parut. Biarkan sehingga kering. Selok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.4. GUNA MADU
Mula-mula ambil sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Letakkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurang 2 hari sekali.5. GUNA TIMUN
Kasir timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.6. GUNA DAUN SENDUDUK
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur manis dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.7. GUNA DAUN SIRIH MUDA
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda, tampalkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.Tapi lecehkan cara-cara macam ini. So nak cara lebih mudah dengan kesan lebih pantas dan cepat uols boleh menggunakan rawatan laser pixel di MARISSA AESTHETIC
Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 /
013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 / 03-5524
5697
Bangi : 03-8928 9334 / 014-643 7996
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159